VISUAL DESIGN PROCESS
CHARACTERISTICS OF VISUAL DESIGN
PRINCIPLE OF VISUAL DESIGN
VISUAL DESIGN TIPS
MISTAKES IN VISUAL DESIGN
REKA BENTUK VISUAL
Thursday 13 October 2016
DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL
DEFINISI REKA BENTUK VISUAL
Reka bentuk visual adalah satu prinsip asas sesebuah grafik. Ia juga adalah satu bentuk media jenis bukan cetakan. Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat berbanding menggunakan pernyataan secara lisan atau bertulis. Keberkesanan sesuatu reka bentuk visual itu bergantung kepada kualiti visual tersebut.
KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL
- Mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan
- Paparan visual seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif
- Visualisasi merupakan antara proses komunikasi yang dapat meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat
- Berperanan untuk menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan jugabertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep
- Penggunaan grafik visual di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.
Wednesday 12 October 2016
TIPS REKA BENTUK VISUAL
Reka bentuk adalah bertujuan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan inovatif seiring dengan peredaran zaman. Maka, sesuatu reka bentuk itu mestilah memiliki kriteria-kriteria yang dapat menarik perhatian orang ramai disamping dapat menyampaikan mesej dengan lebih jelas, berkesan dan mudah difahami. Ianya juga haruslah menzahirkan ciri-ciri reka bentuk yang ingin ditonjolkan. Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips bagi menghasilkan sesuatu reka bentuk yang menarik :
1. Elakkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.
2. Sebolehnya pastikan reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang bersesuaian. Contohnya, seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai bagi "header" dan "teks".
3. Pastikan kedudukan, jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan mudah difahami.
4. Elakkan menggunakan imej atau ilustrasi yang berlebihan kerana ia melambangkan reka bentuk yang dipersembahkan dengan lebih jelas.
1. Elakkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.
2. Sebolehnya pastikan reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang bersesuaian. Contohnya, seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai bagi "header" dan "teks".
3. Pastikan kedudukan, jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan mudah difahami.
Tips pemilihan warna yang sesuai untuk web anda!
4. Elakkan menggunakan imej atau ilustrasi yang berlebihan kerana ia melambangkan reka bentuk yang dipersembahkan dengan lebih jelas.
KESILAPAN DALAM REKA BENTUK
Terdapat pelbagai kesilapan dilakukan dalam menghasilkan reka bentuk visual yang berkesan dan menarik. Kesannya dapat dilihat apabila sesuatu reka bentuk itu kurang mendapat perhatian mahupun sambutan dari orang ramai. Akibatnya mesej yang hendak disalurkan tidak dapat difahami dan kurang jelas maksudnya. Di sini terdapat beberapa kesilapan dan kesalahan yang sering dilakukan dalam proses menghasilkan reka bentuk. Antaranya :
1. Terlalu banyak maklumat dan isi di dalam suatu reka bentuk.
2. Reka bentuk yang dihasilkan tidak menggunakan nisbah yang betul.
3. Reka bentuk tidak mewakili tajuk.
4. Tidak menggunakan warna dan saiz teks yang bersesuaian.
5. Imej dan ilustrasi tidak jelas dan tidak dapat difahami.
1. Terlalu banyak maklumat dan isi di dalam suatu reka bentuk.
2. Reka bentuk yang dihasilkan tidak menggunakan nisbah yang betul.
3. Reka bentuk tidak mewakili tajuk.
4. Tidak menggunakan warna dan saiz teks yang bersesuaian.
5. Imej dan ilustrasi tidak jelas dan tidak dapat difahami.
ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK VISUAL
ELEMEN REKA BENTUK VISUAL
ELEMEN GRAFIK
1. RUANG
2.GARIS
3. WARNA
4. PERMUKAAN
5. BENTUK TIGA DIMENSI
6. BENTUK DUA DIMENSI
PRINSIP REKA BENTUK VISUAL
1. SIMPLISITI
- Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
- Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
- Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.
- Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.
2. DOMINAN
- Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat
- Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah
- Rule of Third
- Warna dan bentuk yang kontras
- Saiz yang lebih besar
- Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama
- Menggunakan garis yang menunjuk item utama
- Mewujudkan gerakan
- Menggunakan lampu atau cahaya memancar
3. POLA
- Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
- Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat:
- Menarik penglihatan mata ke arah item utama
- Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
- Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir
4. SEIMBANG
- Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologi
- Sebagai prinsip reka bentuk, keseimbangan menempatkan komponen komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik
- Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri
- Keseimbangan informal terjadi apabila sisisisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang
- Keseimbangan informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat mengekalkan fokus seseorang terhadap mesej visual tersebut
- Jenis-jenis keseimbangan:
1.keseimbangan mengufuk
2. keseimbangan menegak
3.keseimbangan radius
5. HARMONI
- Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain
- Harmoni menggabungkan komponen-komponen suatu imej visual
- Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma.
- Pengulangan menekankan unit-unit visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian.
- Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma membantu mengarahkan pergerakan mata.
- Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni.Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)